Servis Kawalan Makhluk Perosak

Adakah Anda Sedang Mencari Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak?

Tiada lagi semut lipas tikus nyamuk kelawar serangga perosak

Kami sediakan servis kawalan makhluk perosak (pest control) untuk premis anda. 

Kerja-kerja pest control meliputi perkara-perkara seperti berikut:

Ucapkan Selamat Tinggal Pada Makhluk Perosak!

Kami berpengalaman dalam menggunakan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah mahkluk perosak. 

SEMUT

Semburan yang sistematik akan dilakukan dan bahan kimia akan meninggalkan kesan yang tahan lama.
Laluan semut dan sarang pembiakan akan dimusnahkan, semut akan mengambil masa yang agak lama untuk membina sarang yang baru. Dengan kaedah ini semut dapat dikawal ke tahap maksimum.

LIPAS

Pembiakan lipas akan dapat dikawal dengan melakukan semburan bahan kimia di kawasanyang
menjadi tempat persembunyian lipas seperti stor, bilik riser, pump room, tangga, “public area”, tandas
dan sebagainya.Untuk kawalan di restoran/dapur terdapat sepsis lipas ‘German Cocroaches’ yang
bersaiz kecil dan terdapat di celah-celah rekahan dinding atau tempat tersembunyi seperti bawah
kabinet,langkah pencegahan lebih terperinci diperlukan.

TIKUS

Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan tahap serangan. Antara kaedah yang lazim digunakan ialah
dengan menggunakan umpan beracun. Umpan ini diletakkan di dalam bekas khas dan akan ditukar
dari masa ke semasa untuk memastikan kesegaran dan kegemaran tikus. Ia juga akan diletakkan di
tempat yang bersesuaian dan dapat membunuh tikus secara perlahan-lahan tanpa disedari oleh kloni
tikus yang lain. Jika tahap serangan adalah tinggi maka kaedah yang lain akan digunakan seperti debu
gel, perangkap, gam dan sebagainya.

NYAMUK

Semburan (fogging) yang sistematik adalah kaedah untuk menghapuskan nyamuk dewasa yang
berterbangan sahaja dan biasanya dijalankan pada waktu petang dan awal pagi kerana populasinya tinggi pada waktu tersebut. Semburan disekeliling kawasan bangunan dan kawasan yang disyaki meninggalkan kesan tahan. Tempat pembiakan akan dimusnahkan dengan meletakkan racun “Baytex” di kawasan yang dikenalpasti tempat pembiakan nyamuk. Disarankan semburan dilakukan secara berkala iaitu sebulan sekali kerana pembiakan nyamuk/jentik-jentik sangat cepat iaitu sekitar 2 minggu. Semburan dibahagian luar bangunan juga terdedah pada cuaca seperti hujan, ini menyebabkan bahan kimia yang terdapat pada dinding bangunan atau pokok akan cepat hilang. Dengan kaedah ini nyamuk akan dapat dikawal ke tahap minima.

ABATE/BAHAN KIMIA ANTI JENTIK-JENTIK

Semburan bahan kimia/Abate akan dilakukan pada tempat-tempat air bertakung dan menjadi tempat
pembiakan nyamuk.

KELAWAR

Pembersihan najis kelawar:
Najis kelawar dibersihkan menggunakan vacuum atau disapu di semua kawasan atas siling bangunan
kerana bau najis boleh menarik semula serangan kelawar kerana punca serangan semula kelawar
adalah melalui bau najisnya. Selain dari kotor, bau busuk najis tersebut juga boleh mendatangkan
pelbagai penyakit yang merbahaya.

Penyemburan bahan kimia:
Setelah semua kerja-kerja pembersihan selesai, semburan bahan kimia akan dilakukan untuk
menghalau, mencegah serangan semula serta menghapuskan serangan seperti hama, pijat, dan sisisisa toksid daripada najis kelawar.

Pemasangan jaring dan dawai:
Pemasangan jaring dan dawai akan dilakukan di setiap laluan masuk kelawar seperti di sekeliling
lubang-lubang atap dan lubang angin. Tujuan adalah untuk menghalang dan mencegah kelawar atau
burung dari kembali memasuki bumbung. Kaedah ini didapati berkesan untuk jangka panjang.

LAIN-LAIN SERANGGA

Terdapat pelbagai jenis serangga yang boleh menjadi sebagai perosak seperti lalat,lebah dan
sebagainya. Untuk kawalan bersepadu boleh di lakukan dengan keadah yang tertentu dan bersesuian.

Kenapa memilih kami?

Az Rose Qaseh menawarkan servis kawalan makhluk perosak yang merangkumi pelbagai kaedah berkesan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

Biar Kami Bantu Anda!

Semak Jadual Anda

Cari hari yang anda mahukan perkhimatan pest control kami

Hubungi Kami

Hubungi kami melalui Whatsapp untuk menempah perkhidmatan kami

Sit Back and Relax

Anda boleh berehat atau membuat apa saja yang anda inginkan sementara menunggu kami selesaikan kerja kami

Tempah Servis Dari Kami Sekarang!

Dapatkan Sebut Harga

Az Rose Qaseh

Servis

Kawasan Liputan

Hubungi Kami

Hotline: 
011-2604 3709